Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Brunei sokong usaha DOC stabilkan pasaran minyak

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Negara Brunei Darussalam mengesahkan sokongannya dalam memastikan kestabilan pasaran minyak menerusi Declaration of Cooperation (DOC) antara Negara-negara Pengeluar Minyak OPEC dan Bukan OPEC.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyatakan bahawa Brunei telah menyertai DOC antara Negara-negara Pengeluar Minyak OPEC dan Bukan OPEC sejak penubuhannya pada Disember 2016, dalam mengenal pasti keperluan bagi kerjasama bersama negara-negara pengeksport minyak untuk mencapai kestabilan berkekalan dalam pasaran minyak bagi kepentingan pengeluar minyak dan pengguna.

    “Kami telah menyaksikan impak positif DOC dalam memastikan kestabilan pasaran minyak,” menurut JPM.

    Dalam hubungan itu, negara akan menyokong usaha-usaha DOC dalam menstabilkan lagi pasaran minyak khususnya dalam keadaan tempoh turun naik dan ketidakpastian pada masa ini.

    Negara Brunei Darussalam menegaskan semula komitmennya untuk mengukuhkan lagi kerjasama DOC dalam memastikan pasaran minyak stabil.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...