Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Brunei tewas kepada Laos

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Pasukan bola sepak kebangsaan Brunei Darussalam menandakan kemunculan mereka dalam arena serantau dengan kekalahan tipis 3-2 kepada Laos semasa perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Laos Baharu di Vientiane malam ini.

    Bintang meningkat negara Hakeme Yazid bin Said membuat penampilan antarabangsa untuk pasukan senior dengan gol sepakan percuma, mengikuti jejak langkah abangnya Shahrazen Said dan Adi Said.

    Pasukan tuan rumah mendahului keputusan dalam minit keenam selepas pemain pertahanan Laos Phoutthavong Sangvilay meledakkan gol melalui sepakan percuma mengatasi penjaga gol Brunei Muhd Ishyra Asmin Jabidi.

    Meskipun berdepan halangan awal, Brunei kekal mengawal perlawanan dengan Abdul Azizi Ali Rahman menguji penjaga gol Keooudone Souvannasangso dari luar petak.

    Azizi Ali Rahman mengatasi pemain pertahanan Laos dalam kotak tetapi usaha seterusnya berakhir tanpa menemui sasaran. Rakan sepasukan Hakeme Yazid juga berusaha merebut satu peluang daripada hantaran yang tersasar, namun berjaya diselamatkan penjaga gol.

    Aksi pemain negara semasa perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Laos Baharu di Vientiane malam kelmarin.- Gambar serahan Lao Football Federation

    Selepas aksi yang baik daripada pasukan pelawat, Laos menambah pendahuluan apabila penyerang Chony Wenpaserth meledakkan gol hasil hantaran daripada rakan sepasukannya dalam minit ke-27.

    Semasa perlawanan, penyerang Laos Visith Bounpaseuth turut berjaya melepaskan rembatan pada sasaran tetapi Ishyra Asmin berjaya menyelamatkan bola.

    The Million Elephants, menerima rangsangan daripada penyokong negara, mencatat keputusan 3-0 selepas pemain tengah Phithack Kongmathilath berjaya meledak gol untuk pasukan Laos dalam minit ke-33 hasil bantuan Phoutthasay Khochalern.

    Bagaimanapun, pasukan Tabuan mengurangkan jurang deficit ketika Azwan Ali Rahman, salah seorang pemain lebih berpengalaman dalam pasukan kebangsan, menjaringkan gol antarabangsa kelimanya enam minit kemudian.

    Awal separuh masa kedua menyaksikan Brunei menguasai perlawanan.

    Brunei berjaya mendapatkan gol kedua melalui Hakeme Yazid, yang menyambut hari kelahiran ke-19 baru-baru ini, menandakan kehadirannya dalam arena antarabangsa dengan sepakan percuma luar biasa dalam minit ke-72.

    Remaja sensasi itu adalah salah seorang daripada tujuh pemain yang mencatat penampilan antarabangsa bersama Ishrya Asmin Jabidi, Alinur Rashimy Jufri, Amirul Hakeem Kasim, Abdul Hariz Herman, Nazhan Zulkifle dan Eddy Shahrol Izzat Omar.

    Pasukan Tabuan hampir-hampir terikat seri dalam perlawanan selepas bola melantun daripada pemain pertahanan Laos dalam peringkat akhir perlawanan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...