Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Seperti pada tahun sebelumnya, Sabre Travel Network (Brunei) Sdn Bhd sekali ini akan menganjurkan Brunei Travel Fair Sabre kali ke-18 yang akan mengambil tempat di Onecity Shopping Centre, Sungai Hanching pada hujung minggu ini.
Sehubungan itu, Sabre Travel Network (Brunei) Sdn Bhd pada pagi tadi telah mengadakan Sidang Media di Emperor’s Court, Hua Ho Manggis Mall bagi memberigakan secara terperinci mengenai acara yang sungguh dinanti-nantikan tersebut.
Travel Fair Sabre Kali Ke-18 yang akan diadakan selama dua hari tersebut akan bermula pada hari Sabtu 30 September dan berakhir pada hari berikutnya, Ahad 1 Oktober 2023 membawakan syarikat penerbangan, bank, pejabat pelancongan negara, hotel, perkhidmatan insurans, telekomunikasi, pusat perubatan dan ejen pelancongan dengan platform unik untuk mempromosikan dan mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka kepada bakal pengembara yang sudah semestinya memberikan kemudahan membeli-belah dengan pelbagai tawaran perjalanan di bawah satu bumbung.