Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Brusin meriahkan sambutan Hari Raya

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Hampir 300 tetamu jemputan terdiri dari para rakan kongsi telah hadir pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan oleh Brusin Trading Company Sdn Bhd, yang merupakan pengedar sah Dell Technologies di Negara Brunei Darussalam di Tarindak d’Seni, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Pengurus Bahagian ICT, Giji George semasa ditemui dalam acara tersebut mengongsikan bahawa acara seumpama itu merupakan peluang bagi mereka untuk berjumpa dan berinteraksi bersama ra-kan kongsi selain pelanggan mereka.

    Sementara itu, Pengarah Brusin, Awang Mohd Sofian bin Mohd Tahir semasa acara tersebut turut menzahirkan keterujaannya apabila dapat mengadakan majlis sambutan tersebut setelah beberapa tahun tidak dapat mengadakan acara serupa akibat wabak COVID yang melanda di Negara Brunei Darussalam.

    “Acara ini diadakan antara lainnya memberi peluang untuk kami berinteraksi dengan pembekal dan pelanggan.

    “Ini merupakan masa yang sesuai mengadakan acara seumpama ini, dan pada kebiasaannya kami sering mengadakan acara seperti ini,” tambah pengarah Brusin.

    Awang Mohd Sofian, Giji George serta kakitangan Brusin ketika menghadiri majlis sambutan Hari Raya tersebut.
    Antara yang hadir pada majlis sambutan di Tarindak d’Seni, Bandar Seri Begawan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...