Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Brusin rai sambutan Aidilfitri

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus diraikan dan diadakan dengan hasrat untuk memberikan peluang kepada rakan-rakan mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

    Brusin Trading Company Sdn Bhd juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Brusin yang diadakan di Dewan 1, Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, hari ini.

    Majlis sambutan yang dianjurkan oleh pengedar sah Dell Technologies di Negara Brunei Darussalam berkenaan, memberikan peluang bagi para rakan kongsi dan pelanggan Brusin untuk berjumpa dan berinteraksi di antara satu sama lain.

    Pada majlis berkenaan, kehadiran para jemputan telah dialu-alukan oleh Pengurus Besar Brusin, Haji Sufian bin Haji Mohd Tahir.

    Turut hadir ialah Pengurus Pembangunan Wilayah, Bernard Kho serta pegawai dan kakitangan Brusin Trading Company Sdn Bhd.

    Dalam temu bual ringkas bersama Media Permata, Haji Sufian berkata majlis itu merupakan acara tahunan yang diadakan oleh pihaknya bersama-sama Dell di mana ia sebagai cara untuk menyampaikan penghargaan kepada klien dan pelanggan mereka.

    Acara itu memberikan peluang bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan persahabatan dan silaturahim antara pihak Brusin bersama rakan kongsi dan pelanggan mereka tetapi juga untuk berinteraksi dengan pembekal mereka dalam suasana perayaan yang meriah.

    Haji Sufian bergambar ramai dengan pegawai dan kakitangan Brusin pada majlis tersebut yang berlangsung di Dewan 1, Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...