Brussels wajibkan pemakaian penutup mulut dan hidung

BRUSSELS, 12 OGOS – Memakai penutup mulut dan hidung di tempat awam diwajibkan di Brussels mulai hari ini, kata pihak berkuasa, ketika Belgium memerangi wabak koronavirus yang paling teruk di Eropah.

Penutup mulut dan hidung perlu dipakai di kebanyakan tempat awam yang tertutup sejak 11 Julai untuk mereka yang berusia 12 tahun ke atas.

Langkah itu diperluas di 19 bandar di wilayah Brussels setelah 50 kes harian per 100,000 orang, kata kerajaan dalam sebuah kenyataan.

Belgium mempunyai angka kematian per kapita tertinggi akibat COVID-19 di dunia dan jangkitan kembali meningkat setelah kejayaan sebelum ini mengawal wabak itu. Jumlah kes di negara dengan penduduk sekitar 11.5 juta orang itu meningkat kepada 75,000 orang hari ini. Hampir 10,000 kematian telah didaftarkan.

“Pada hari ini, 12 Ogos 2020, kadar jangkitan di Brussels telah mencapai kadar 50 kes COVID-19 setiap 100,000 penduduk selama tujuh hari terakhir,” kata kenyataan itu. – AFP