Bryant tersenarai Hall of Fame

LOS ANGELES, 5 APRIL – Juara sebanyak lima kali NBA, Kobe Bryant mengetuai senarai gelaran bertaraf bintang yang dinamakan dalam bola keranjang Hall of Fame 2020 kelmarin.

Ikon Los Angeles Lakers, yang meninggal dunia akibat kemalangan nahas helikopter pada bulan Januari, dinamakan bersama-sama sembilan penerima yang akan diabadikan di Dewan Kemasyhuran Bola Keranjang Memorial Naismith pada 29 Ogos.

Turut tersenarai ialah adalah MVP Final NBA sebanyak tiga kali Tim Duncan, All-Star NBA sebanyak 15 kali, Kevin Garnett, Jurulatih juara dua kali NBA Rudy Tomjanovich dan pemenang empat kali sukan Olimpik Tamika Catchings.

Pemain lain termasuk jurulatih yang memenangi kejuaraan NCAA kebangsaan sebanyak tiga kali, Kim Mulkey, jurulatih bola keranjang sekolah tinggi, Barbara Stevens dan eksekutif FIBA Patrik Baumann, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada tahun 2018 pada usia 41 tahun.

“Senarai 2020 adalah salah satu yang paling bersejarah sepanjang masa dan bakat serta pengaruh sosial sembilan penghormatan itu tidak dapat diukur,” kata John Dovela, ketua eksekutif Hall of Fame. – AFP

Gambar fail pada 14 Jun 2009 menunjukkan Bryant ketika meraikan kejuaraannya pada perlawanan lalu. Bryant mengetuai senarai gelaran bertaraf bintang dalam bola keranjang Hall of Fame 2020. – AFP