Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BRZ 2018 lebih ‘gerun’

    SUBARU BRZ 2018 membawa peringkat tertinggi bagi ‘pemanduan yang menyeronokkan’ dan ‘pemanduan yang asli’ melalui kehebatan fleksibiliti, pengawalan terbaik dan stabiliti. Para jurutera Subaru Tecnica Antarabangsa telah meningkatkan pemanduan legenda BRZ. Subaru BRZ tS edisi terhad di mana ia juga dikenali sebagai ‘Tuned by STI’ dilengkapi dengan prestasi yang meningkat dan ketepatan tiun berdasarkan pengalaman STI sejak berdekad lalu.

    Model ini lebih efisien, tepat dan seimbang. Ia juga merupakan sebuah kereta yang berkelajuaan tinggi. Apabila dipandu di sudut 180-darjah yang panjang, BRZ mampu melakukan drift yang padu, cengkaman yang mantap apabila melakukan putaran sangat menakjubkan. Keseronokan apabila mengemudi kereta ini lebih mencabar, lengkap terutama apabila memandu di litar.

    Dengan hanya 500 unit tersedia, Subaru BRZ 2018 ini merupakan pemanduan rear sports coupe yang didatangkan dengan brek Brembo empat piston depan dan dua piston belakang. Yang menarik perhatian lagi, bahagian belakang sayap disaluti dengan karbon fiber yang boleh disesuaikan sekali gus menunjukkan bentuk luaran yang ‘mengaum’ ditambah lagi dengan Bilstein Shocks, rim hitam aloi bersaiz 18-inci dan suspensi yang lebih agresif untuk pemanduan lebih padu.

    Model 2018 ini dikuasakan dengan 2.0 liter empat-mendatar dan 205 kuasa kuda diikuti dengan tork 156 lb-ft sekali gus dilengkapi dengan standard enam-kelajuan manual transmisi. Manakala, kalau enam-kelajuan automatik transmisi, kuasa enjin berkelajuan 200 kuasa kuda dengan 151 lb-ft. Apa yang menarik mengenai model ini ialah Subaru BRZ ini merupakan satu-satunya jentera Subaru yang dilengkapi dengan D-4s kepunyaan Toyota dan juga Sistem Port Injection.

    Dari segi penggunaan bahan api, EPA memberi markah 21/29 mpg bandar/lebuhraya untuk pemanduan manual, kalau automatik pula 24/33 mpg. Subaru BRZ 2018 ini menerima empat bintang untuk ujian kemalangan dari depan dan lima bintang untuk ujian bergolek dari NHTSA.

    Lampu belakang LED yang menarik perhatian.
    Sayap belakang diperbuat daripada karbon fiber yang canggih di mana ia boleh disesuaikan berdasarkan kelajuan kereta.
    Ruang dalaman yang serba merah dan hitam yang elegan dan nampak bertenaga.

    Di bahagian depan dihiasi dengan Cherry Blossom Red yang eksklusif dikeseluruhan gril depan dan penutup bamper belakang yang unik. Logo rasmi tS yang krom dan merah terpampang di gril depan juga bahagian belakang. Cermin berlipat, antena berbentuk ekor yu, ia disaluti dengan semua hitam. Lampu kabut diganti penutup lampu yang unik.

    Ruang kabin pula serba merah membara dilengkapi dengan steering yang elegan disaluti dengan kulit dan teknologi Bluetooth dengan USB port, permukaan media Subaru Starlink dengan skrin sentuh 6.2 inci, kamera belakang, sistem tanpa kunci sekali gus menampakkan tombol unik STI. BRZ 2018 ini juga dilengkapi dengan sistem dual-zon pengawalan iklim. Manakala konsol tengah dikemaskinikan dengan penutup berwarna hitam.

    Dalam pada itu juga, ruang kaki di bahagian pemandu sangat menakjubkan dan juga memberi ruang untuk kepala penumpang. Apabila menghadapi perjalanan yang jauh sudah tentunya sangat selesa.

    Sistem navigasi juga disertakan dengan peta berkualiti tinggi dikuasakan oleh TomTom. Sistem ini menawarkan pengawalan menggunakan suara dan navigasi; integrasi telefon pintar dengan Android Auto dan Apple CarPlay, Aha dan Pandora.

    Kerusi ‘jiwa sukan’ BRZ dicacah dengan logo tS pada kerusi berjenama Alcantara diikuti dengan tali pinggang keledar yang berwarna merah. Manakala ruang kargo berkeluasan 6.9 kaki kubik dan boleh diluaskan lagi dengan melipat tempat duduk belakang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda