Monday, March 27, 2023
21.9 C
Brunei

-

BSBIA sahut seruan derma darah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Lebih kurang 90 warga Persatuan India Bandar Seri Begawan (BSBIA) dan warganegara India yang bekerja di negara ini tampil ke hadapan menderma darah pada kempen di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), pagi tadi.

Kempen anjuran dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam itu diadakan bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Presiden BSBIA, Mohammad Mubarak berkata, kempen itu antara lain bertujuan untuk sama-sama membantu rakyat Negara Brunei Darussalam yang memerlukan darah, lebih-lebih mereka yang sedang menjalani rawatan di hospital.

Seterusnya, Pengerusi Kempen Menderma Darah, Borigam Suresh turut berkata, selain daripada membantu unit penyimpanan darah di hospital, kempen berkenaan juga salah satu cara untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat dan penduduk serta kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas sokongan berterusan yang telah diberikan.

Antara warga BSBIA dan masyarakat India yang hadir semasa kempen menderma darah kelmarin.

 

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -