BSBIA sambut pesta onam

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Persatuan India Bandar Seri Begawan (BSBIA), malam tadi menyambut Pesta Onam 2019 di Jerudong Park Amphitheatre, Jerudong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar.

TYT Ajaneesh Kumar antara lain mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Onam kepada para hadirin yang memenuhi ruangan Jerudong Park Amphitheater malam tadi.

Selain itu, TYT turut menambah bahwa Pesta Onam akan dapat menambahkan lagi kesatuan dan perpaduan masyarakat India yang berada di negara ini.

Sementara itu, dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi Pesta Onam 2019, Jacob Rajenish Kumar turut menyatakan perayaan berkenaan adalah masa di mana semua keluarga dan rakan-rakan bersama-sama hadir bagi merayakan pesta berkenaan dan melupakan segala persengketaan yang telah berlaku sekali gus membuka lembaran baharu dengan mengukuhkan lagi jalinan persahabatan mahupun kekeluargaan. Beliau turut menyatakan bahawa betapa beruntungnya mereka berada, bekerja dan tinggal di Brunei yang merupakan sebuah negara yang paling aman dan makmur meskipun jauh dari negara asal mereka.

Acara tersebut juga turut dimeriahkan dengan beberapa persembahan seperti tarian, nyanyian solo, drama dan pelbagai persembahan lainnya.

TYT Ajaneesh Kumar ketika menyampaikan ucapannya pada majlis berkenaan.
Salah satu persembahan pada majlis itu.