Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    BSI tinjau sentimen perniagaan, pelaburan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Bank Pusat Brunei Darussalam (BDCB) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, menyatakan bahawa BDCB telah menerbitkan Indeks Sentimen Perniagaan (BSI) bagi Negara Brunei Darussalam untuk Januari 2022.

    Indeks itu adalah berdasarkan kaji selidik ke atas lebih 550 perniagaan bersaiz mikro, kecil, sederhana dan besar daripada 11 sektor ekonomi dari empat buah daerah di Negara Brunei Darussalam.

    Kenyataan menjelaskan bahawa BSI antara lainnya bertujuan untuk mengukur tahap keyakinan atau sentimen perniagaan-perniagaan di negara ini dengan mengambil kira keadaan semasa dan jangkaan bagi iklim perniagaan, pelaburan, jumlah pengambilan pekerja serta kos menjalankan perniagaan.

    Memandangkan indeks itu menggunakan pendekatan berpandangan ke hadapan, ia juga boleh digunakan sebagai salah satu petunjuk makroekonomi.

    Terdapat sembilan sub-indeks dalam BSI di mana Sub-Indeks Keadaan Perniagaan, yang merupakan indeks utama BSI adalah 50.4 bagi Januari 2022 di mana ia merupakan kenaikan bagi bulan keempat berturut-turut dalam pelbagai sektor yang telah diperhatikan selepas mencatatkan penurunan pada September 2021.

    Rajah menunjukkan jangkaan keadaan perniagaan satu bulan ke hadapan berbanding bulan sebelumnya. – Rajah serahan BDCB

    Perniagaan secara amnya adalah lebih optimistik pada Januari 2022 selepas pengurangan langkah-langlah kawalan COVID-19 dengan Fasa Awal Endemik yang telah mula berkuat kuasa pada 15 Disember 2021.

    Para peniaga turut mengongsikan bahawa peningkatan dalam aktiviti adalah disebabkan oleh beberapa faktor termasuk perbelanjaan yang meningkat daripada penerimaan bonus, waktu operasi yang lebih panjang, pembukaan semula sekolah, mendapatkan projek-projek baharu, kelonggaran untuk mengadakan acara dan majlis serta sambutan Tahun Baharu Cina.

    Indeks bagi Keadaan Perniagaan bagi satu bulan ke hadapan adalah 50.4 yang menunjukkan bahawa para peniaga menjangkakan peningkatan aktiviti perniagaan dalam masa terdekat jika situasi COVID-19 di Negara Brunei Darussalam bertambah baik.

    Manakala itu, Sub-Indeks Pelaburan adalah 49.9 bagi Januari 2022, 50.5 untuk satu bulan ke hadapan dan 50.3 bagi tiga bulan ke hadapan di mana indeks itu menunjukkan bahawa sektor swasta secara amnya telah mengurangkan pelaburan bagi Januari 2022 berbanding Disember 2021.

    Walau bagaimanapun, pelaburan dijangkakan akan meningkat pada bulan-bulan berikutnya disebabkan beberapa faktor seperti pembukaan cawangan baharu, pembelian mesin, alat-alat dan bahan-bahan untuk projek baharu dan meningkatkan kapasiti pengeluaran serta juga penambahan stok untuk acara-acara yang akan menjelang seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Sementara itu, Sub-Indeks Pengambil Pekerja adalah 50.1 bagi Januari 2022 dan 50.1 bagi satu bulan ke hadapan di mana ia menunjukkan secara keseluruhan, perniagaan menambah jumlah pekerja pada Januari 2022 dan seterusnya merancang untuk meningkatkan lagi pengambilan pekerja di sektor swasta pada Februari 2022.

    Para peniaga turut mengongsi cabaran yang masih dialami untuk mengambil pekerja asing dengan langkah kawalan COVID-19 dan juga proses yang mengambil masa bagi menggantikan pekerja-pekerja yang telah kembali ke negara asal setelah tamat tempoh kontrak.

    Beberapa perniagaan juga mengongsi isu kekurangan pekerja dan kadar pemberhentian pekerja yang tinggi serta kesukaran untuk mengambil dan mengekalkan pekerja-pekerja tempatan.

    Sub-Indeks Kos adalah 50 bagi Januari 2022 dan 50.2 bagi Februari 2022, ia menunjukkan bahawa bagi Januari 2022, para peniaga merasakan kos untuk menjalankan perniagaan mereka adalah hampir sama berban-ding dengan Disember 2021.

    Walau bagaimanapun, para peniaga menjangkakan peningkatan kos bagi Februari 2022 dan peningkatan berterusan dalam kos operasi dalam tempoh terdekat berikutan kenaikan harga yang dikenakan oleh pembekal-pembekal, harga bahan mentah dan kos logistik yang meningkat serta kos pengambilan pekerja-pekerja baharu termasuk yuran agensi pengambilan pekerja-pekerja asing.

    Dari segi sektor ekonomi, sentimen optimistik telah dicatatkan oleh tujuh daripada 11 sektor ekonomi bagi Januari 2022 terutama dalam sektor minyak dan gas dan yang berkaitan, kewangan dan insurans, hotel dan restoran dan kesihatan dan pendidikan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 ditahan lepaskan tembakan ke rumah bintang Bollywood

    AHMEDABAD, 16 APRIL – Dua anggota kumpulan penjenayah terkenal ditahan polis India hari ini kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon Bollywood, Salman Khan...