Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    BSM adakan taklimat pemandu

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) telah mengadakan taklimat pemandu untuk Shell Rimula 4×4 Drive On BSM yang akan datang, di JobCentre, Beribi, kelmarin.

    Hadir pada taklimat tersebut ialah Pengarah Urusan BSM, Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Penasihat Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB), Haji Jamahat bin Haji Liman.

    Taklimat menyalurkan pengetahuan produk yang mendalam tentang minyak-minyak pelincir Shell dan penjelasan kepada ahli persatuan tentang acara Shell Rimula 4×4 Drive On BSM yang akan diadakan pada 18 Disember nanti.

    Acara yang dijangka melibatkan 30 kenderaan daripada PKTLB berkenaan adalah untuk menyediakan aktiviti yang menarik dan mencabar dalam kalangan peminat serta memupuk hubungan dengan komuniti pacuan empat roda.

    BSM juga berharap mendapat sedikit pandangan dalam memahami keperluan dan cabaran pacuan empat roda dalam bidang seperti penyelenggaraan dan prestasi kenderaan mereka.

    Di samping itu, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab pelaburan sosialnya, BSM juga akan membuat sumbangan untuk membantu 42 anak yatim dari Daerah Temburong.

    Taklimat diakhiri dengan penyerahan kit peserta kepada penasihat PKTLB yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan BSM.

    Awang Muhammad Norshafiee dan para peserta bergambar ramai semasa taklimat berkenaan. – Gambar serahan BSM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...