Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    BSM berbuka puasa bersama 59 anak yatim

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan BSM

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Sebagai sebahagian daripada aktiviti pelaburan sosial semasa bulan Ramadan, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) menjemput seramai 59 orang anak yatim dari Mukim Saba, Tamoi dan Sungai Kebun bagi Majlis Berbuka Puasa di Serambi Batil, Tarindak D’Seni, di sini, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BSM, di sini, hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan BSM, Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa oleh Ketua Perniagaan Runcit, Haji Awang Shahruddin bin Haji Awang Abdul Wahid dan diikuti dengan ceramah agama bertajuk ‘Menyantuni Anak Yatim’ yang disampaikan oleh penceramah undangan dari PDI, Dayang Siti Noraziah binti Haji Asli.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim yang disempurnakan oleh Awang Muhammad Norshafiee.

    Awang Muhammad Norshafiee menyampai-kan derma kepada salah seorang anak yatim.
    Awang Muhammad Norshafiee bergambar ramai bersama anak-anak yatim yang diraikan pada majlis berbuka puasa itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...