Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Okt – Berikutan dengan kenyataan di media sosial yang tular berhubung dengan bekalan minyak di stesen-stesen minyak, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) menyatakan bahawa mereka mengambil maklum mengenai kenyataan berkenaan.
Dalam hubungan itu, BSM dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, memaklumkan bahawa bekalan minyak adalah mencukupi dan operasi penghantaran sudah sedang giat dijalankan seperti biasa.
“Untuk makluman, pihak kami akan sentiasa memantau tahap bekalan minyak di stesen-stesen untuk memenuhi keperluan orang ramai,” tambah kenyataan itu lagi.
Pihak BSM menyatakan lagi bahawa bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pusat Panggilan BSM di talian, 2244739.