BSM meriahkan Lebaran dengan promosi Ceria Raya bersama Shell

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) membawakan keterujaan Lebaran melalui tawaran terbaharu mereka, Ceria Raya Bersama Shell.

Menurut kenyataan dikeluarkan BSM di sini hari ini, sehingga pertengahan Jun depan, orang ramai boleh mendapatkan tiga pakej Ceria Raya iaitu Pek Prestasi, Pek Kecekapan dan Pek Perlindungan.

Pelanggan boleh mencampurkan dan memadankan pelincir Shell pilihan dengan pilihan hadiah Shell Car Care percuma, paket Hari Raya atau dapatkan baju polo edisi terhad yang disediakan secara eksklusif bagi Pek Prestasi. Promosi berkenaan hanya tersedia untuk pelincir Shell yang dikhususkan untuk pasaran Brunei.

BSM telah menyediakan kod QR untuk pelanggan menghantar sebarang maklum balas. Kod QR berkenaan tersedia pada poster promosi dan laman sesawang.