Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    BSM sokong Pembersihan Pantai Antarabangsa ke-37

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan BSM

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Bersempena dengan Pembersihan Pantai Antarabangsa ke-37, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) mengadakan kempen kebersihan pantai di Pantai Muara, kelmarin.

    Ia telah disertai dan diketuai oleh Pengarah Urusan BSM, Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil bersama pihak pengurusan dan kakitangan serta ahli keluarga BSM.

    Inisiatif itu merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat BSM dalam memulihara alam sekitar dan mempromosikan sebuah komuniti pantai yang berkembang maju, hidupan liar yang banyak dan lautan yang sihat.

    Sebagai rakan kongsi yang komited dan dipercayai, BSM berhasrat untuk membina sebuah masa hadapan yang cantik dan mampan bagi semua serta menyokong matlamat negara untuk mengurangkan pembuangan dan penghasilan sisa buangan.

    ATAS & BAWAH: Pihak pengurusan, kakitangan dan ahli keluarga BSM sama-sama mengambil bahagian dalam kempen kebersihan di Pantai Muara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...