Thursday, August 18, 2022
23.2 C
Brunei

BSP sertai ABIS 2021

-

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah menaja dan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS) 2021 yang berlangsung secara maya, hari ini.

Sidang kemuncak tahunan itu merupakan Forum Asia Tenggara yang menghimpunkan ketua-ketua negara dan kerajaan serta pemimpin industri untuk membincangkan topik utama dan trend baharu di rantau ASEAN.

Dengan tema tahun ini iaitu ‘Membina Masa Depan Digital yang Mampan’, para peserta dari seluruh dunia berhubung secara maya dan menekankan kepentingan untuk keluar daripada pandemik COVID-19 sementara mempertimbangkan peranan pendigitalan.

BSP telah memulakan Strategi Transformasi Digital pada 2019 sebagai pelan hala tuju untuk mencapai keutamaan strategik dan mempromosi cara bekerja yang lebih cekap. Selain memberi tumpuan kepada pembangunan dalaman dan kemahiran digital pakar, melalui strategi pendigitalan, BSP juga berhasrat untuk meningkatkan produktiviti, kebolehpercayaan dan prestasi.

Pada forum tersebut, Pengarah Urusan BSP dan Pengerusi Negara Brunei Shell, Agnete Johnsgaard Lewis mengatakan bahawa pandemik telah mempercepat transformasi digital dan tenaga kerja di seluruh dunia telah menyesuaikan diri kepada cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik.

Agnete Johnsgaard Lewis ketika mengikuti ABIS secara maya, semalam. – Gambar serahan BSP

Beliau berkongsi, wabak ini telah menjadi pemangkin pengambilan pengguna untuk transformasi digital di mana pandemik juga telah mendesak dunia melalui transformasi digital yang pesat, dan sementara ia mempunyai cabarannya sendiri, ia juga menyediakan bebe-rapa peluang.

Menurutnya, pandemik ini telah membawa kepada inovasi dalam cara bekerja demi mengekalkan kelancaran operasi seperti yang dilihat dalam pelaksanaan kerja dalam talian yang positif.

Manakala bagi BSP, bekerja secara maya perlu dilaksanakan dalam tempoh yang singkat semasa gelombang pertama COVID-19 di Brunei, selain memastikan pekerja kekal berhubung dengan perniagaan sementara menyokong pekerja barisan hadapan BSP
yang bekerja di lokasi kerja.

Kerja secara maya adalah penting untuk memastikan kesinambungan perniagaan dan memastikan Brunei menerima bekalan tenaga yang diperlukan terutamanya dalam situasi sekarang.

Seperti yang ditunjukkan oleh usaha cemerlang antara pemimpin ASEAN serta pemimpin dari Jepun, Australia dan China, kerjasama telah menjadi kunci dalam menguruskan kesan COVID-19, terutamanya dalam peruntukan vaksin.

Usaha berterusan yang dipamerkan oleh negara-negara ASEAN dalam memupuk erat hubungan membolehkan Brunei meneruskan Program Vaksinasi Kebangsaan di mana pada masa ini, lebih 81 peratus daripada jumlah penduduk di Brunei telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.

erkongsian erat ini adalah penting untuk terus membuka laluan bagi perkongsian amalan terbaik, rangkaian perdagangan dan pertumbuhan melalui pendigitalan dan inovasi untuk masa depan yang mampan.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -