Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    BSPCares dilancar semula

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 27 FEB – Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk mendekati masyarakat yang memerlukan, Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) meraikan pelancaran semula inisiatif BSPCares dengan melawat Pusat Bahagia Eric Goh baru-baru ini.

    Pemangku Pengarah di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Dayang Mirany Floridzah binti Abdul Rahman, hadir selaku tetamu kehormat majlis yang turut menyelitkan acara penghargaan bagi sukarelawan yang telah menyumbang dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Turut hadir Pengurus Korporat BSP, Haji Jaafar bin Haji Awang Bakar; Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Luar dan Presiden BSPCares, Dayang Suriani binti Garip; Ketua pusat, Hajah Winnieyanti binti Haji Sunny, serta sukarelawan program BSPCares, pengurusan kanan BSP dan pelajar pusat itu.

    Haji Jaafar menyatakan, “BSPCares ialah program kesukarelawanan yang pada mulanya dilancarkan sebagai tindak balas terhadap pandemik COVID-19 di Brunei untuk membolehkan kakitangan BSP menyokong dan menyumbang ke arah bantuan COVID-19 negara. Aktiviti-aktiviti ini termasuk sokongan dan bantuan untuk komuniti yang terjejas dari segi sosioekonomi,” jelasnya.

    Beliau juga menambah lawatan kumpulan itu ke pusat tersebut menandakan acara BSPCares pertama untuk 2024 dengan 20 sukarelawan bersama kakitangan BSP meluangkan masa bersama ahli pusat Eric Goh di karnival bertemakan sukan yang penuh menyeronokkan.

    Acara karnival termasuk senaman zumba, pelbagai aktiviti permainan dan gerai yang menawarkan makanan ringan yang menarik untuk dinikmati semua.

    Antara aktiviti yang dianjurkan semasa lawatan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Gambar ramai peserta yang hadir pada acara tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda