BSRA ajur kejohanan skuasy

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Persatuan Raket Skuasy Brunei (BSRA) akan menganjurkan kejohanan skuasy bersempena dengan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-36 bertempat di Pusat Skuasy Kebangsaan di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dari 9 hingga 15 Mac ini.

Pendaftaran masih dibukakan sehingga 29 Februari 2020 dan orang ramai adalah dialu-alukan untuk mengambil bahagian.

Bayaran pendaftaran akan dikenakan untuk setiap permain.

Tiga kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki Terbuka 21 Tahun Ke Atas, Terbuka Lelaki Perseorangan Bawah 21 tahun dan terbuka perempuan untuk semua peringkat umur.

Borang penyertaan dan buku panduan boleh didapatkan di penyambut tetamu Pusat Skuasy Kebangsaan di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.