Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    BTS adakan lawatan ke Rumah Putih

    WASHINGTON, 1 JUN – Kumpulan popular Korea Selatan, BTS kelmarin mengadakan lawatan ke Rumah Putih dan bertemu Presiden Joe Biden.

    Selain itu, BTS turut menyertai Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karine Jean-Pierre dalam taklimat media harian sebelum bertemu presiden, lapor agensi berita Yonhap.

    “Adalah satu penghormatan untuk dipelawa ke Rumah Putih hari ini bagi membincangkan pelbagai isu antaranya berkaitan jenayah kebencian anti-Asia serta kesaksamaan dan kepelbagaian,” kata ahli kumpulan itu, RM.

    RM dan enam anggota kumpulan itu tiba di Washington pada awal minggu ini. Rumah Putih memaklumkan bahawa BTS menjadi platform untuk menyebarkan mesej positif ke seluruh dunia.

    Kunjungan itu menerima sambutan meriah, dengan ratusan peminat BTS berkumpul di luar perkarangan Rumah Putih.

    Akaun Twitter rasmi Biden turut memuat naik klip video mengenai pertemuan itu. – Bernama

    Kumpulan Korea, BTS muncul pada taklimat akhbar harian dalam Taklimat Akhbar Brady di Rumah Putih di Washington, DC kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kanada tegaskan perlu ‘kehadiran diplomatik kuat’ di India

    NEW DELHI, 4 OKT - Kanada kelmarin menegaskan keperluan untuk mempunyai kehadiran diplomatik yang kukuh di India selepas muncul laporan bahawa kerajaan India mahu...