Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    BTS bawa haluan, tumpu kerjaya solo

    Kumpulan pop sensasi dari Korea Selatan, BTS (gambar) mengumumkan akan berehat bagi satu tempoh yang belum ditetapkan demi memberi tumpuan terhadap kerjaya solo.

    Berita yang mengejutkan peminat itu dikongsi dalam bentuk video kumpulan dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook ketika majlis makan malam FESTA sempena menyambut ulang tahun ke-9 kumpulan popular itu.

    Majlis makan malam FESTA antara rutin tahunan bagi menyambut ulang tahun penubuhan BTS.

    Jungkook berkata, keputusan itu dibuat kerana mereka memerlukan ruang mencari pengalaman baharu dalam kerjaya seni.

    “Setiap kami mahu berseronok dan menimba pengalaman lebih banyak. Kami sudah berjanji akan kembali bergabung, suatu hari nanti. Pada masa itu, kami akan lebih matang daripada apa yang dilihat sekarang,” ujarnya.

    Tanpa menyatakan sampai bila mahu membawa haluan sendiri, sebaliknya, kumpulan yang popular menerusi lagu Dynamite dan Butter ini teruja ketika bercerita keinginan untuk meneroka kerjaya sebagai penyanyi solo.

    “Saya selalu menganggap BTS berbeza daripada lain, tetapi masalah sering dihadapi kumpulan K-Pop dan sistem yang membentuk kerjaya kerana tiada ruang menjadi lebih matang.

    “Kami kena sentiasa menghasilkan muzik dan terus melakukan sesuatu,” terang RM.

    Diakui keputusan itu bukanlah perkara mudah dilakukan.

    “Walau apapun, peminat adalah perkara pertama yang difikirkan. Kami mahu menjadi anak seni yang sentiasa dikenang peminat.

    “Sekarang adalah masanya untuk kami memikirkan artis bagaimana yang kami mahu peminat kenang.

    “Pada fikiran saya, inilah sebabnya kami perlu melalui kesukaran seperti ini. Kami cuba mencari identiti sendiri dan ia satu proses yang sangat panjang dan memenatkan,” luah Jimin. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...