Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    BTS, Blackpink selebriti Korea Selatan paling popular di dunia

    Laporan kerajaan Korea menyebut kumpulan penyanyi, BTS dan Blackpink merupakan artis k-pop yang paling disayangi di seluruh dunia.

    Perkara itu adalah menerusi laporan Hallyu Luar Negara 2023 yang diterbitkan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea serta Yayasan Penukaran Budaya Antarabangsa Korea Selatan baru-baru ini.

    Allkpop melaporkan seramai 25,000 responden yang berumur antara 15 hingga 59 tahun dari 26 negara termasuk Amerika Syarikat, China dan Jepun telah menyertai tinjauan bagi melengkapkan laporan berkenaan.

    Tinjauan dilakukan bermula dari 11 November hingga 7 Disember tahun lalu, bertanyakan soalan berkaitan kandungan budaya di Korea Selatan.

    Apabila ditanya tentang Korea Selatan, 14.3 peratus responden memilih k-pop sebagai perkara pertama yang terlintas dalam fikiran mereka.

    Ia kemudian diikuti dengan makanan Korea (13.2%), bintang Hallyu (7.4%), k-drama (6.6%) dan produk teknologi (5.6%).

    Sementara itu, 31.3 peratus responden memilih BTS sebagai artis k-pop kegemaran mereka diikuti dengan Blackpink sebanyak 10.8 peratus.

    Untuk rekod, BTS dianggotai oleh Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook dan antara lagu-lagu popular nyanyian kumpulan ini termasuk Boys With Love, Dynamite, Butter, Life Goes On dan Permission to Dance.

    Manakala, Blacpink dianggotai oleh empat gadis menawan iaitu Lisa, Jisoo, Rose dan Jennie dan lagu-lagu popular mereka termasuk Kill This Love, How You Like That, Shut Down dan Pink Venom. – Agensi

    BTS dan Blackpink antara yang paling popular di Korea. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...