Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    BTS, Blackpink, Seventeen terima anugerah MTV VMA

    BTS, Blackpink dan Seventeen merupakan antara kumpulan penyanyi popular Korea yang memenangi anugerah Anugerah Muzik Video MTV (VMA) 2022.

    Pada 28 Ogos lalu, VMA MTV 2022 telah berlangsung di Pusat Prudential di New Jersey. Blackpink menghadiri acara berprestij itu dan memberikan persembahan single pra-keluaran mereka “Pink Venom.”

    Kumpulan Blackpink telah berjaya merangkul anugerah untuk Persembahan Metaverse Terbaik untuk kolaborasi PUBG mereka “Ready For Love,” dan ahli Lisa memenangi K-Pop Terbaik untuk solonya “Lalisa.” Dalam ucapan penerimaannya, Lisa memberi penghargaan kepada peminat Black- pink kerana membuat impian mereka menjadi kenyaataan.

    Sementara itu, Seventeen membawa pulang anugerah pertama mereka di VMA melalui anugerah Push Performance of the Year dengan “Rock With You.” Dalam ucapan penerimaan video mereka, Vernon Seventeen berkongsi, “Ia adalah satu penghormatan besar untuk diketengahkan sebagai artis K-pop pertama untuk MTV Push dan lebih hebat lagi untuk menerima anugerah Push Performance of the Year.”

    Mingyu menambah, “Terima kasih VMA dan peminat kami Carat atas kasih sayang dan sokongan anda.”

    Manakala BTS memenangi Kumpulan Terbaiki iaitu anugerah yang mereka peroleh dalam tempoh empat tahun berturut-turut. – Agensi

    Kumpulan penyanyi popular BTS, Blackpink dan Seventeen berjaya mengharumkan industri muzik Korea. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...