BTS kongsi siri konsert untuk peminat tonton di rumah

Biarpun konsert jelajah dunia ditangguhkan berikutan penularan COVID-19, kumpulan K-pop yang mencetuskan kegilaan remaja dunia, BTS, berusaha menghiburkan peminat di rumah.

Terbaharu, melalui pengumuman di Twitter, kumpulan dianggotai tujuh remaja lelaki itu bakal menyajikan peminat koleksi konsert secara percuma atas nama Bang BangCon.

Peminat boleh melayari BANGTANTV di YouTube untuk menonton beberapa konsert lalu, mulai Sabtu ini.

Antara konsert itu adalah BTS Live : TheMostBeautifulMoment in LifeOnStage pada 2015 dan BTS LiveTrilogy Episode III TheWingsTour In Seoul (2017).

Februari lalu, BTS melancarkan album keempat berjudul Map oftheSoul : 7. Mengikut perancangan, BTS dilaporkan mahu melancarkan konsert jelajah dunia, bulan ini, selain beraksi di Stadium Olimpik, Seoul. Namun, semua projek terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan berikutan pandemik COVID19, lapor agensi.

Namun, BTS aktif berhubung dengan peminat melalui pelbagai medium. Antaranya, mereka menghasilkan rangkaian video belajar bahasa Korea. – Agensi

BTS tidak lupa menghiburkan peminat di rumah dengan menayangkan semula siri konsert dijayakan di YouTube, mulai Sabtu ini. – Agensi