BTS pecah rekod

BTS sekali lagi mencipta sejarah Billboard dengan album terbaru mereka!

Pada 1 Mac, Billboard telah mengumumkan bahawa album terbaru BTS, ‘Map of the Soul: 7’ telah berada di carta nombor satu di dalam carta 200 album teratas, dan menjadi album paling popular dalam ranking mingguan di Amerika Syarikat (AS).

Menurut Billboard, lagu ‘Map of the Soul: 7’ mencatatkan angka yang membanggakan dengan 422,000 iaitu bersamaan dengan unit album semasa minggu terakhir pada 27 Februari, mencatatkan minggu terbesar pernah dicatatkan pada tahun 2020 setakat ini. Jumlah mata terkumpul album tersebut ialah 347,000 jualan tradisional album, 26,000 track album (TEA) unit, dan 48,000 penstriman album (SEA) unit, di mana jumlah keseluruhannya mencecah 74.7 juta tontonan audio album tersebut dalam minggu pertama.

Bukan sahaja ‘Map of the Soul: 7’ tersebut mencapai jualan tertinggi minggu pertama jualan album dikeluarkan tahun ini dan memecahkan rekod peribadi BTS di jualan rekod AS.

Album tersebut turut memecah rekod tertinggi mingguan keluaran album kategori kumpulan semenjak album kumpulan One Direction, ‘Made in the A.M’ pada tahun 2015.

‘Map of the Soul: 7’ merupakan album keempat BTS yang menduduki tangga pertama dalam carta, menjadikan BTS sebagai kumpulan Korea pertama setakat ini dalam sejarah Billboard 200 menduduki carta teratas dengan empat album berbeza.

Paling diingat, kumpulan ini hanya memerlukan satu tahun dan sembilan bulan untuk mencapai rekod tersebut, bermula dengan album BTS ‘Love Yourself: Tear’ pada tahun 2018, kemudian dengan album ‘Love Yourself: Answer’ dan ‘Map of the Soul: Pesona.’

Tahniah BTS dengan satu lagi pencapaian hebat! – Agensi

BTS telah memecah rekod Billboard dengan album terbaru mereka, ‘Map of the Soul: 7’.- Agensi