Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    BTS tampil dengan vlog secara solo

    BTS bakal melancarkan siri vlog bertajuk BTS_VLOG yang akan memfokuskan kepada aktiviti anggota kumpulan itu secara individu.

    Allkpop melaporkan siri vlog istimewa itu akan disiarkan setiap hari Sabtu pada pukul 7 malam waktu tempatan Korea Selatan menerusi saluran YouTube kumpulan itu.

    Menerusi poster yang dimuat naik di Twitter, vlog itu bakal menampilkan tujuh tema seperti vlog seni dan muzium, perkhemahan, masakan dan sebagainya.

    Penghasilan vlog itu merupakan salah satu projek solo kesemua anggota kumpulan tersebut selepas mengeluarkan pengumuman bahawa mereka akan berehat sebagai BTS dan akan memfokuskan kepada projek solo.

    Vlog pertama sudah pun bersiaran pada 9 Julai lalu yang menampilkan V memandu tanpa tujuan tertentu.

    Menerusi jadual yang dikeluarkan, vlog J-Hope akan ditayangkan pada 16 Julai disusuli Jimin (23 Julai) dan RM (30 Julai).

    Manakala vlog Jungkook akan disiarkan pada 6 Ogos, Jin (13 Ogos) dan Suga (20 Ogos). – Agensi

    BTS tampil dengan siri vlog secara individu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...