Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Buah berkualiti dibawa khas dari Taiwan

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Taiwan yang dikenali sebagai ‘Negara Buah’ kerana penyelidikan canggihnya dalam menghasilkan produk pertanian berkualiti tinggi, terus mengeluarkan pelbagai varieti buah yang sedap dan manis sepanjang tahun.

    Sejak 2019, S&W Enterprise, syarikat pengedaran milik tempatan telah mengimport pelbagai jenis buah gred berkualiti yang diterbangkan dari satu-satunya ladang terbaik di Taiwan untuk dinikmati oleh penduduk di Brunei Darussalam. Pengasas S&W Enterprise, Willyn Sim, dalam temu bual berkata, “Apabila saya memulakan perniagaan ini, ramai orang tidak percaya ia akan menjadi satu usaha sama berjaya. Nasib baik, jumlah pelanggan saya terus bertambah sejak tahun lalu.

    “Saya berhasrat membawa masuk lebih banyak buah ke Brunei dan bekas wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Brunei Darussalam, Andrew Lee, telah memberikan nasihat untuk mempertimbangkan dan membawa masuk buah bermutu tinggi ke pasaran Brunei.”

    Selain itu, beliau juga berkata pelbagai buah Taiwan juga dieksport ke Jepun, sebuah negara yang mengenakan peraturan dan garis panduan import yang ketat. Ini terbukti bahawa buah Taiwan adalah berkualiti dan selamat untuk dimakan.

    Antara buah-buahan Taiwan yang dibawa masuk termasuk buah nona, mangga Irwin, tembikai, nanas, betik, mandarin Murcot, jambu batu dan buah markisah.

    Menurut Majlis Pertanian Taiwan, Taiwan menghasilkan buah bernilai NT$60 bilion setiap tahun. Buat masa sekarang, S&W Enterprise telah membekalkan buah-buahan Taiwan ke 10 pasar raya dalam negara.

    Antara buah dari Taiwan yang boleh didapati di pasar raya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...