Friday, December 2, 2022
23.8 C
Brunei

-

Buah durian meriahkan musim buah tempatan

Oleh Yusrin junaidi

Sejak musim durian bermula awal bulan lalu, kini buah durian kegemaran orang Brunei iaitu Durian Kuning semakin banyak dan murah dijual di mana-mana. 

Baru-baru ini, Media Permata melakukan pemantauan di beberapa tempat dan mendapati, Durian Kuning dan Utak Udang Galah jauh lebih murah berbanding sebelumnya.

Seorang peniaga durian, Dayang Mimi berkata, ramai pelanggannya datang dari jauh hanya untuk menikmati durian tempatan pelbagai jenis dan gred. Ini kerana harga durian sedikit menurun dan jumlahnya kini semakin banyak, di mana baru-baru ini lebih 2 tan durian dari pelbagai jenis telah habis terjual.

“Terdapat pelbagai jenis durian yang boleh dipilih oleh pelanggan termasuk durian kampung, kawin, Musang King, dan D24,” kata Dayang Mimi ketika ditemui di gerainya.

Salah seorang peniaga lagi di Jalan Mulaut, juga turut berkata jumlah durian kuning semakin hari semakin banyak dan harga pun semakin murah dan sambutan daripada orang ramai sangat memberangsangkan. Tambahnya, beliau menjangkakan musim durian akan berlanjutan sehingga bulan November. 

Seorang lelaki melonggokkan buah durian kuning untuk jualan di sebuah premis di Daerah Brunei dan Muara.
Dayang Mimi berkata, ramai pelanggannya datang dari jauh hanya untuk menikmati durian tempatan pelbagai jenis dan gred berikutan harganya menurun dan jumlahnya yang semakin banyak.
Jumlah durian kuning semakin hari semakin banyak dan harga pun semakin murah dan sambutan daripada orang ramai sangat memberangsangkan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

India sandang jawatan Presiden G20, Majlis Keselamatan PBB

NEW DELHI, 1 DIS – India menyandang jawatan presiden G20 dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai hari ini, lapor Sputnik. G20 ialah forum antara kerajaan...
- Advertisment -