CANBERRA, 24 April – Buah mangga India akan diimport ke Australia untuk kali pertama selepas protokol diubah untuk membenarkan buah Asia itu memasuki ekonomi tempatan.
Mangga India akan dibenarkan masuk ke Australia asalkan mereka telah dirawat daripada penyinaran sebelum meninggalkan India, bermakna warga Australia boleh menikmati buah tersebut lama selepas musim tempatan berakhir.
Robert Gray daripada Persatuan Industri Mangga Australia berkata mangga India akan diimport apabila musim Australia telah berakhir, memastikan bekalan yang tetap untuk mereka yang suka memakan buah tersebut.
Beliau menambah jika buah yang diperoleh dari India itu lulus dalam kesemua ujian standard, urus niaga berkenaan akan mendatangkan faedah kepada warga Australia.

“Dasar kami adalah, sebagai sebahagian daripada perniagaan global, jika kami mahu memasuki negara lain di seluruh dunia (untuk mengeksport mangga Australia), maka menyediakan protokol adalah selamat dan tidak membawa masuk sebarang perosak atau penyakit, maka kami menyokong negara lain untuk memasuki pasaran kami,” beritahu Gray kepada Australian Broadcasting Corporation (ABC) hari ini.
Gray berkata Amerika Syarikat sebelumnya telah mengimport mangga India tanpa sebarang masalah, tetapi tidak dapat meramalkan jumlah yang dijangkakan oleh Australia dari Mac hingga Julai – ketika musim mangga India.
“Sementara India merupakan sebuah negara penanaman mangga yang besar, perniagaan eksport mereka adalah sama seperti kami,” kata beliau. – Xinhua