Bual bicara serikan Malam Munajat

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Majlis Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah diteruskan lagi kelmarin dan terus mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga KHEU bersama keluarga dan orang ramai.

Selain bermunajat, beristighfar, membaca Surah Yasin, berzikir, membaca Asma’ul Husna, berselawat dan merafakkan doa secara serentak beramai-ramai, para peserta Malam Munajat minggu kelapan ini telah berkesempatan mengikuti bual bicara yang disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Selain itu, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud turut menyampaikan saranan dan kata-kata nasihat.

Turut menyerikan majlis ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; dan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Persekutuan Jerman, Puan Yang Terutama Pengiran Kertini binti Pengiran Haji Tahir; Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan, Ir Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia

Haji Zakaria; Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof dan Penolong Mufti (Buhuth) Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusuf.

Majlis berkenaan diadakan untuk mengajak orang ramai untuk turut serta bersama-sama mendekatkan diri dan memohon keampunan dari Allah SWT dengan bermunajat, beristighfar, membaca Surah Yasin, berzikir, membaca Asma’ul Husna, berselawat dan merafakkan doa secara serentak beramai-ramai dengan doa dan harapan agar rakyat dan Negara Brunei Darussalam terhindar dan terselamat daripada segala bala bencana dan penyakit merbahaya khasnya wabak COVID-19 yang melanda Negara Brunei Darussalam.

Menteri-menteri kabinet yang hadir semasa Majlis Malam Munajat secara dalam talian itu.