Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Buang puntung rokok, 2 didenda

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Dua orang individu masing-masing dikenakan kompaun sebanyak $200 oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria (JBKBS), atas kesalahan membuang puntung rokok di tempat awam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Mohammad Naim bin Abdullah dan Muhammad Yusuf bin Abdul Talib didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 dan dikehendaki menjelaskan kompaun tersebut dalam masa tujuh hari.

    Jika gagal membayar denda tersebut, mereka boleh dihadapkan ke mahkamah di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan pertama dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Sehubungan dengan itu, JBKBS mengingatkan orang ramai supaya membuang sampah di tempat-tempat yang disediakan dan tidak meninggalkan sebarang jenis sampah di tempat-tempat awam bagi menjaga kebersihan alam sekitar.

    Sebarang aduan mengenai pembuangan sampah di tempat-tempat awam di kawasan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria bolehlah menghubungi Bahagian Penguatkuasaan, JBKBS di talian 3330789 atau 3330780 sambungan 215.

    Sayangilah alam sekitar.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...