Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Buat amal terbaik sepanjang Ramadan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Seramai 155 orang telah menyertai siri kedua Quranic Talk yang diadakan secara maya oleh Nadi Quranic sempena bulan Ramadan, kelmarin.

    Ia merupakan kesinambungan daripada siri pertama yang juga diadakan secara atas talian pada 29 Mac yang lalu.

    Untuk siri kali ini, ceramah bertajuk ‘Andai Ini Ramadan Terakhirku’ telah disampaikan oleh Dr Haji Hambali bin Haji Jaili yang mengingatkan orang ramai supaya sentiasa melakukan amal yang terbaik sepanjang bulan Ramadan.

    Kata beliau lagi, sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah mereka yang dipanjangkan umur oleh Allah SWT, lalu mereka memperbanyakkan amal kebaikan. Selain menambah amal kebaikan, pengampunan juga dibuka seluas-luasnya di bulan Ramadan ini.

    Program seperti itu diharapkan dapat memberi kesan kepada semua pendengar dan secara tidak langsung memberi sema-ngat untuk terus beramal di bulan Ramadan.

    Dr Haji Hambali ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Andai Ini Ramadan Terakhirku’ secara maya. – Gambar Nadi Quranic
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...