Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Buat bising pagi buta, dua ditahan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Dua individu ditahan dan sejumlah minuman keras pelbagai jenama ditemukan semasa serbuan mengejut dijalankan, susulan laporan mengenai bunyi bising dan perhimpunan ramai di sebuah rumah di kawasan Kampung Kulapis, Jalan Tutong, awal pagi tadi.

    Operasi sepadu yang melibatkan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) sekitar 2:30 pagi itu telah merampas beberapa peralatan muzik dan sejumlah botol dan tin minuman keras pelbagai jenama.

    Menurut kenyataan PPDB, dua individu terdiri daripada tuan rumah dan pemilik alat muzik turut ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sengkurong bagi siasatan lanjut.

    Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 18 (2) Akta Hiburan Awam Penggal 181 dan Seksyen 146 Perintah Eksais, 2006.

    Kenyataan menekankan, operasi-operasi sedemikian akan kerap dijalankan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat awam mengenai undang-undang dan peraturan di Negara Brunei Darussalam.

    Di samping itu, PPDB menegaskan dan menasihatkan masyarakat awam agar melaporkan apa jua kegiatan mencurigakan yang berlaku di kawasan persekitaran kediaman kepada balai-balai polis berdekatan atau talian kecemasan 993.

    Antara peralatan muzik yang dirampas semasa operasi sepadu dijalankan oleh PPDB dan JKED sekitar jam 2:30 pagi di Kampung Kulapis.
    Antara minuman keras yang dirampas semasa operasi yang dijalankan oleh PPDB dan JKED di kawasan Kampung Kulapis, Jalan Tutong, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...