Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Buat pemantauan demi elak kluster baharu

    Merujuk surat pembaca yang bertajuk ‘Sejauh mana arahan dipatuhi ketika lebaran’ oleh Sama-sama beingat yang disiarkan dalam Media Permata yang bertarikh 27 April lalu, saya bersetuju dengan pandangan penulis.

    Dalam surat pembaca itu, penulis menekankan mengenai bagaimana pihak relevan dapat memastikan orang ramai mematuhi arahan dengan jujur dan jitu.

    Hal ini kerana, kita baharu saja memasuki 2 Syawal, hasil pemantauan saya sendiri, kebanyakan orang ramai sudah melanggar etika sambutan Hari Raya dalam norma baharu ini.

    Di mana, kita diarahkan untuk bersalaman malah dilakukan oleh sesiapa sahaja kononnya saudara terdekat dan ada yang memberi alasan ‘menghormati orang tua’. Di samping itu, had kapasiti yang ditetapkan sudah lebih daripada yang dibenarkan dan malah penjarakan fizikal hilang begitu saja.

    Adakah pihak relevan hanya membiarkan perkara ini begitu sahaja tanpa tindakan? dan hanya berharap dengan kejujuran orang ramai untuk melakukannya?

    Bagaimana pula dengan pemantauan kes-kes baharu, adakah orang ramai akan bersikap jujur membuat pemeriksaan ART sebelum berkunjung ke rumah yang hendak dikunjungi?

    Tidak mustahil ramai yang akan melanggar etika-etika ini, dan jika pihak relevan menganggap ringan perkara ini, orang ramai akan bebas melakukan pelanggaran sehingga boleh mengundang kluster jangkitan baharu di negara ini.

    Ali Hamzah

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...