Buat perjanjian sebelum kunjungi kaunter AMBD

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) memaklumkan bahawa Galeri Mata Wang AMBD, Currency Gift Shop, kaunter perkhidmatan Isu Pengguna Kewangan (Pengendalian Aduan) dan kaunter baki wang tidak dituntut (Unclaimed Balances) akan dibukakan semula dengan mengambil langkah berjaga-jaga selaras dengan garis pandu yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

AMBD dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, juga memaklumkan bahawa orang ramai yang ingin membeli, mengunjungi atau berurusan dengan AMBD digalakkan untuk membuat perjanjian terlebih dahulu.

Kenyataan menjelaskan, Galeri Mata Wang AMBD dan Currency Gift Shop akan beroperasi pada Isnin, Rabu dan Khamis dari pukul 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan dari 2 petang hingga 4 petang serta boleh dihubungi menerusi talian 2382186 dan e-mel, [email protected]

Bagi Isu Pengguna Kewangan AMBD pula beroperasi pada Isnin hingga Khamis dari pukul 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan pukul 2 petang hingga 4 petang, Jumaat dari pukul 8:30 pagi hingga 10:30 pagi serta boleh dihubungi menerusi talian 2380007 dan e-mel [email protected]

Kaunter baki wang tidak dituntut beroperasi pada Isnin hingga Khamis dari pukul 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan dari pukul 2 petang hingga 4 petang, Jumaat dari pukul 8:30 pagi hingga 10:30 pagi serta boleh dihubungi menerusi talian 2380975 dan e-mel [email protected] .gov.bn.

Kenyataan menyatakan bahawa perkhidmatan melalui telefon dan e-mel juga akan terus beroperasi seperti biasa dan bagi orang ramai yang mempunyai pertanyaan, mereka boleh menghubungi AMBD di talian 2388388 atau e-mel [email protected]