Oleh Fadhil Yunus –
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Pemain penyerang DPMM FC, Miguel Oliveira, menekankan keperluan untuk membuat persembahan yang lebih baik dalam perlawanan seterusnya menentang Geylang International FC di tempat sendiri dalam Liga Perdana Singapura (SPL), Sabtu ini.
Pemain import itu berkata semasa temu bual selepas kekalahan perlawanan 4-2 kepada Lion City Sailors, “Kami sedih kerana kami bermain di tempat sendiri dan kami mahukan satu lagi keputusan.”
Dia menambah, “Bermain menentang pasukan sedemikian, kami tidak boleh terus mengejar. Kami mesti berlatih lagi bersungguh-sungguh dan memperbaiki prestasi apabila menentang Geylang nanti.
“Kami sedih tetapi esok adalah hari baharu dan kami akan kembali berlatih,” tegasnya. Sementara itu, penyerang Lion City Sailors, Lennart Thy berkata, “Kami mempunyai banyak perlawanan dalam dua bulan akan datang jadi kami gembira dengan kemenangan kedua tahun ini.”
Tambahnya, “Bahagian pertama separuh masa pertama dan permulaan separuh masa kedua kami tidak begitu bagus tetapi kami gembira kerana dapat mengawal permainan kembali.
“Saya fikir akhirnya kami layak memenangi perlawanan itu. Kami kembali naik ke puncak liga dan itulah yang kami mahu,” ujarnya. Dia membuat kesimpulan, “Kami perlu memenangi satu perlawanan pada satu masa kerana kami mempunyai banyak perlawanan yang akan datang dalam pertandingan yang berbeza.”
Anak buah Gegar Gegar kembali beraksi dalam liga kompetitif selepas berehat panjang, di mana dengan kekalahan itu telah meninggalkan mereka lima mata di belakang Balestier Khalsa yang berada di tangga kelima.
