Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Buat perubahan diri

    Sedar ataupun tidak, kita sudah melangkah ke bulan Rejab. Bermakna, tidak lama lagi, kita akan mula berpuasa di bulan Ramadan.

    Saya pasti, ramai yang ingin kelihatan segak dan cantik menjelang Hari Raya Aidilfitri.
    Menjaga kesihatan tubuh badan adalah penting untuk mengekalkan kesejahteraan dan mengelak masalah kesihatan yang tidak diingini.

    Walaupun sukar untuk memulakan rutin penjagaan kesihatan yang baik, dengan beberapa tip mudah, awda boleh membuat perubahan demi menjaga kesihatan awda.

    Tip paling utama ialah tinggalkan gula putih. Ya, gula putih ialah punca utama kepada pertambahan berat badan. Saya cabar awda tinggalkan gula putih sepanjang bulan Rejab ini dan gantikan dengan air suam atau air sejuk sahaja. Saya jamin, awda pasti akan terkejut dengan perubahan diri awda 30 hari selepas meninggalkan gula putih.

    Antara tip lain ialah mengambil makanan berkhasiat. Ia penting untuk memastikan awda mendapat nutrien yang diperlukan. Ini termasuk pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, dan protein. Awda juga perlu mengelak mengambil makanan yang tinggi lemak, gula atau garam yang berlebihan.

    Rancang pengambilan makanan awda dan cuba jadikannya sebagai rutin. – Agensi

    Seterusnya, awda perlu bersukan. Bersukan secara kerap penting untuk mengekalkan kesihatan jantung, tulang, dan otot.

    Ini termasuk berjalan, berbasikal, berenang, atau bersenam. Cubalah untuk bersukan sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Jika awda boleh ‘berdating’ selama berjam-jam, takkanlah awda tidak mampu meluangkan masa 30 minit untuk kesihatan diri sendiri?

    Selain itu, awda perlukan rehat yang cukup. Tidur yang cukup adalah penting untuk memberi peluang kepada badan untuk membaiki tisu otot yang rosak. Ini termasuk tidur sekurang-kurangnya lima jam sehari.

    Cuba kekalkan rutin tidur yang sama setiap malam.

    Paling penting sekali, elakkan merokok dan mengambil minuman keras.

    Merokok dan minuman keras boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Ini termasuk sakit jantung, kerosakan paru-paru, dan kanser. Tak nampak ‘macho’ pun orang yang merokok ni.

    Akhir sekali, beri masa untuk diri sendiri. Menjaga kesihatan mental adalah penting untuk kesihatan tubuh badan. Ini termasuk beri masa untuk diri sendiri, melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan berbual dengan rakan atau keluarga.

    Dengan mengikuti tip-tip ini, awda mempunyai masa yang cukup untuk membuat perubahan yang diperlukan sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri. Selamat mencuba!

    Awang Suku-Suku-Separuh

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...