Buat promosi untuk menarik pelancong tempatan

Pandemik COVID-19 menjejaskan banyak negara dan dengan perintah kawalan pergerakan keluar masuk ke sesebuah negara, industri paling terkesan ialah pelancongan dan hospitaliti, lebih-lebih lagi bagi negara yang bergantung sepenuhnya dalam industri itu, sehinggakan saya terbaca, di Bali sahaja, penduduknya mungkin mengalami tekanan jiwa kerana kekurangan pelancong.

Negara Brunei Darussalam bagaimanapun tidaklah terlalu bergantung kepada industri ini, namun sebahagian besar cabang dalam industri ini termasuklah perhotelan, makanan dan minuman banyak terjejas oleh pandemik ini.

Ada hotel-hotel dan kawasan peran-ginan menawarkan diskaun bagi bilik-bilik, namun saya rasa ia tidak mencukupi. Untuk menarik pelancong dalam negeri, salah satunya yang perlu difikirkan ialah memanjangkan waktu penginapan atau mengubahnya sedikit.

Saya terlihat di platform media sosial, hotel-hotel mula menawarkan penginapan harian bermula jam 6 pagi hingga 6 petang, namun mungkin lebih baik jika ia bermula 12 tengah hari sehingga ke malam atau 3 petang sehingga keesokan paginya. Mungkin ada yang ingin merasakan bermalam di hotel-hotel ini, selain menikmati hidangan malam yang ditawarkan. Manakala untuk riadah atau reakreasi pula, mungkin pihak berkenaan boleh mengecualikannya penutupan kolam renang di hotel-hotel.

Namun pihak relevan boleh mensyaratkan pihak hotel untuk mengehadkannya kepada kepada 10 orang dalam keluarga sama atau mengehadkan jam bagi satu keluarga dan selepas itu dibersihkan dan digunakan lagi untuk keluarga lain. Mungkin boleh ditambah sedikit harga dalam promosi untuk kolam-kolam renang ini kerana ia adala salah satu tarikan untuk keluarga menempah hotel.

Hidupkan Pelancongan