Buat saringan tiga hari sebelum keluar Sabah

KUALA LUMPUR, 24 NOV – Berkuat kuasa esok, semua pengembara yang tiba dari Sabah perlu menjalani saringan COVID-19 tiga hari sebelum berlepas ke negeri lain melalui pintu masuk utama, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata sekiranya pengembara positif ujian pengesanan COVID-19 atau bergejala, mereka tidak akan dibenarkan meneruskan perjalanan keluar dari Sabah dan akan dirujuk ke hospital untuk isolasi, rawatan serta pemantauan.

“Bagi pengembara yang dibenarkan untuk meneruskan perjalanan keluar dari Sabah, mereka diwajibkan penggunaan MySejahtera setibanya di Pintu Masuk Negara di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dr Adham berkata keputusan terbaharu itu dibuat berdasarkan keadaan semasa dan diputuskan MKN semalam. – Bernama