Buatlah hebahan berulang kali

Dengan penularan COVID-19 masih lagi mengancam negara, perkhidmatan-perkhidmatan agensi kerajaan banyak beralih ke sistem dalam talian sama ada melalui pembayaran, pembaharuan lesen-lesen tertentu dan banyak lagi.

Namun satu yang agak kekurangan dilakukan oleh agensi-agensi tertentu ini adalah mempromosikan talian dan laman web atau aplikasi mereka di media-media yang mempunyai banyak peng-ikutnya dengan membuat pengulangan acap kali mengenai perkara tersebut.

Meskipun terdapat kenyataan akhbar atau sidang media mengenai perkara seumpamanya, ada kalanya nombor-nombor talian atau laman-laman sesawang mahupun aplikasi yang dicari oleh orang ramai tenggelam di dalam teks dalam akhbar-akhbar tempatan, manakala TV tempatan pula meskipun ada penontonnya tersendiri dan mungkin ada menghebahkan mengenainya, ia tidak sampai kepada generasi yang lebih mencari maklumat di hujung jari. Contoh terdekat adalah laman-laman sesawang atau talian jabatan mengendalikan lesen atau pas lawatan dan sebagainya yang masih ramai belum mengetahuinya, manakala laman web atau media sosial jabatan itu sendiri tidak ramai pengikutnya, sehingga sebahagian pemohon bagi perkhidmatan tertentu ketinggalan.

Maka adalah perlu pihak berkenaan mengulangi nombor-nombor tersebut di media-media sosial ramai pengikut, sekali gus membuatkan orang ramai terus mendapat maklumat langsung yang memudahkan lagi urusan mereka tanpa perlu mengunjunginya beramai-ramai.

Agatah