Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Buaya di tepi kolam ikan ditangkap

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Seekor buaya berukuran kira-kira 3 meter panjang telah berjaya ditangkap oleh anggota bomba dan penyelamat di kawasan Jalan Danau, Kampung Telisai, Tutong pada 18 Mac lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, enam orang anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Bukit Beruang yang diketuai oleh ASO Haji Kamaruzzaman telah dikejarkan ke insiden gangguan binatang liar iaitu buaya di kawasan Jalan Danau, Kampung Telisai, Tutong.

    Kenyataan menjelaskan lagi bahawa apabila sampai ke tempat panggilan, anggota bomba dan penyelamat mendapati seekor buaya berukuran 3 meter panjang berada di tepi kolam ikan dan anggota bomba dan penyelamat berjaya menangkap buaya berkenaan menggunakan snare catcher.

    Kenyataan menyatakan bahawa buaya berkenaan telah diserahkan kepada pihak Bahagian Hidupan Liar untuk tindakan selanjutnya dan tidak ada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu.

    Kenyataan seterusnya menerangkan bahawa antara punca binatang-binatang liar seperti buaya, biawak dan ular adalah kawasan yang tidak bersih dan terurus di mana ia mengundang kehadiran binatang kecil seper-ti tikus; rumput atau lalang yang terlalu panjang di mana boleh menjadi tempat tinggal binatang liar serta kehadiran binatang ternakan atau binatang peliharaan yang boleh menjadi sasaran binatang liar berkenaan.

    Dalam hubungan itu, JBP menyarankan orang ramai supaya memastikan persekitaran rumah dalam keadaan bersih dan teratur serta memastikan pintu rumah dan jendela dalam keadaan tertutup jika mereka tidak berada di rumah bagi mengelakkan binatang-binatang liar daripada memasuki rumah.

    Buaya berukuran 3 meter panjang yang berjaya ditangkap oleh anggota bomba dan penyelamat di tepi kolam ikan di kawasan Jalan Danau, Kampung Telisai, Tutong pada 18 Mac lalu. – Gambar oleh JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...