Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Buaya Filipina terbesar di dunia

    5 tahunMANILA, 3 Julai 2012 – Seekor buaya air masin yang beratnya melebihi daripada satu tan, disyaki telah membunuh dua warga Filipina, telah diisytiharkan sebagai reptilia terbesar dalam kurungan oleh Guinness Book of World Records.

    Berukuran 6.17 meter, buaya jantan yang digelar ‘Lolong’ itu telah ditangkap di paya Agusan di selatan pulau Mindanao September lalu selepas pencarian selama dua tahun berikutan kematian seorang gadis dan kehilangan seorang nelayan.

    “Buaya terbesar dalam kurungan adalah Lolong, buaya air masin yang berukuran 6.17 meter,” kata Guinness di laman sesawangnya.

    “Berat Lolong turut diukur menggunakan alat penimbang lori dan disahkan lebih kurang 1,075 kilogram.”

    Welinda Asis Elorde, penyelaras media bagi bandar Bunawan, yang bertanggungjawab menyimpan rekod baru itu, berkata kerajaan tempatan telah menerima sijil rasmi dari Guinness.

    “Ia dalam keadaan baik. Saya rasa ia telah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru,” kata Elorde kepada AFP melalui panggilan telefon.

    Pada mulanya, Lolong telah diberi makan bersamaan dengan 10 peratus daripada berat badannya, daging lembu dan ayam setiap bulan, tetapi pakar telah memberikannya jadual diet lapan hingga 10 kilogram seminggu untuk membuatkannya lebih aktif, jelas beliau.

    Pakar juga telah mencadangkan bahawa daging diberi dengan kulit dan bulunya untuk membantu penghadaman.

    “Saya berada di sana (di tempat Lolong dikurung) dan ia terus menjadi tarikan pelancong. Ratusan orang melawatnya dalam satu hari,” tambah Elorde.

    Rekod Guinness sebelum ini dipegang oleh Cassius, buaya air masin Australia berukuran 5.48 meter yang beratnya hampir satu tan.

    Cassius telah disimpan di taman buaya di sebuah pulau di luar Queensland sejak penangkapannya di Wilayah Utara pada tahun 1984.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 termasuk 12 anak damit maut dalam 24 jam di hospital

    NEW DELHI, 3 OKT - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...