MIRI, 13 Ogos – Seekor buaya sepanjang empat meter serta seberat 300kg ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Labau, Sibuti, 60km dari sini petang semalam.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri Kapten Mohamad Hazle Shah Hamid berkata hasil maklumat yang diterima daripada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), APM Miri bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di sana pada 2.30 petang. –Bernama – (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)