Friday, March 24, 2023
26.3 C
Brunei

-

Buck letak jawatan pengerusi kelab Chelsea

LONDON, 20 JUN – Pengerusi Chelsea, Bruce Buck akan meletak jawatan sebagai pengerusi kelab selepas hampir 20 tahun memegang jawatan tersebut, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab Liga Perdana, hari ini.

Pengerusi dari Amerika Syarikat tersebut, akan meletak kan jawatannya pada penghujung Jun ini, tetapi akan terus terlibat dengan kelab tersebut sebagai penasihat kanan.

Peletakan jawatan tersebut dibuat berikutan dengan pengambilalihan oleh konsortium yang diketuai oleh Todd Boehly pada penghujung Mei lalu.

“Saya berasa amat berbangga kerana dapat membantu Chelsea mencapai kejayaan dan memberikan impak positif dalam komuniti,” kata Buck. “Sekarang adalah masa yang sesuai untuk mengundurkan diri dan memberikan pemilik baharu peluang mempertingkatkan lagi penubuhan yang sedia ada,” tambahnya.

Buck menjadi pengerusi kelab tersebut sejak 2003 apabila menjadi kunci utama selepas mengambil alih jawatan bekas pemilik kelab iaitu Roman Abramovich dan menyaksikan beberapa kejayaan terbesar semasa kelab tersebut di bawah pentadbirannya bagi kedua-dua pasukan lelaki dan wanita serta beberapa pembangunan utama. Sementara itu, Boehly mengatakan: “Bruce telah mengetuai Kelab Bola sepak Chelsea hingga ke tahap tertinggi secara domestik dan antarabangsa. – AFP

Bruce Buck semasa menghadiri sidang media yang lalu. – Gambar fail AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -