Bucks akhiri badi 18 tahun

LOS ANGELES, 23 April – Milwaukee Bucks mengetepikan kekecewaan selama 18 tahun hari ini dengan menewaskan Detroit Pistons 127-104 untuk melengkapkan penguasaan empat perlawanan dari siri perlawanan playoff pusingan pertama Eastern Conference mereka.

Giannis Antetokounmpo mencatatkan 41 mata ketika Bucks mara ke pusingan kedua pasca-musim buat kali pertama sejak musim 2000-01 apabila mereka berjaya melangkah ke separuh akhir NBA.

Pasukan pilihan utama, Milwaukee mara menerusi tiga perlawanan pertama dan selepas permulaan yang perlahan dalam empat perlawanan, mereka mengawal permainan di akhir aksi dan menang dengan selesa 23 mata.

“Saya rasa ia adalah penting kami mendapatkan kedudukan bagus malam ini. Menikmatinya,” kata jurulatih Bucks, Mike Budenholzer. “Ia adalah malam yang bagus bagi Milwaukee. Ia adalah malam yang bagus bagi Bucks.”

Dengan memecahkan badi lapan kali penyingkiran playoff dengan pantas bermakna Milwaukee mempunyai lebih banyak masa untuk bersedia bagi pesaing mereka seterusnya, Boston Celtic, yang menguasai Indiana.

Blake Griffin berjalan menuju ke bangku simpanan selepas melakukan faul ketika menentang Milwaukee di Detroit. – AP

Pasukan Bucks menyamai dominasi musim biasa mereka ke atas Pistons, memenangi kesemua empat perlawanan. Mereka bertemu sebanyak empat kali dengan Pistons dan memenangi kesemua pertemuan tersebut.

Antetokoumpo mencatatkan malam yang menarik dalam perlawanan ketiga dengan mencatatkan 14 mata.

“Saya masih ingat siri perlawanan pertama playoff kami (tahun 2015),” kata Antetokounmpo. “Chicago, perlawanan terakhir, perlawanan keenam, mereka menewaskan kami dengan 50 atau lebih. Tetapi di mana kami ketika itu dan di mana kami berada sekarang, ia adalah perjalanan yang luar biasa.”

Milwaukee menamatkan suku ketiga dengan 17-3, mendahului 10 mata pada suku keempat selepas Pistons mendahului persaingan.

Blake Griffin yang menerajui Piston mencatatkan rekod NBA dengan kekalahan ke-14 berturut–turut dalam perlawanan playoff, rekod kekalahan sejak 2008. – AFP