Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Bucks batal pesta menonton

    LOS ANGELES, 15 MEI – Milwaukee Bucks membatalkan pesta menonton perlawanan ketujuh di luar plaza Fiserv Forum kelmarin selepas 20 orang cedera akibat tembakan di luar arena pada Jumaat lalu.

    Dalam satu kenyataan Sabtu lalu, Bucks menganggap tembakan tersebut mengerikan dan mereka mengutuk keganasan yang mengejutkan itu.

    Jurnal Milwaukee Sentinel, memetik sumber penguatkuasaan undang-undang, berkata tiada seorang pun daripada mereka yang cedera mengalami kecederaan serius.

    Pada Jumaat lalu, kira-kira 11,000 orang berada di kawasan itu untuk pesta menonton, dan tembakan pertama berlaku berhampiran daerah yang padat sejurus selepas Bucks tewas kepada Celtics dalam permainan siri keenam di dalam arena.

    Polis berkata, mangsa termasuk dua lelaki berusia 26 dan 29 tahun serta seorang gadis berusia 16 tahun dan ketiga-tiganya dijangka selamat daripada kecederaan mereka.

    Dalam satu lagi rakaman video menunjukkan orang yang ketakutan lari bertempiaran dari kawasan sesak. Kira-kira dua jam kemudian, 17 orang lagi cedera dalam satu lagi tembakan beberapa blok berhampiran.

    Polis menahan seramai 10 orang berhubung kejadian kedua dan menemui sembilan senjata api, menurut laporan stesen televisyen tempatan WTMJ-TV.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...