Bucks mara ke pusingan kedua playoff

MIAMI, 30 OGOS – Pasukan Milwaukee Bucks mara ke pusingan kedua playoff NBA kelmarin, tiga hari selepas mereka enggan bermain kerana kejadian tembakan anggota polis di Wisconsin mengakibatkan perlawanan selepas musim itu ditangguhkan.

Pemain Paling Berharga NBA, Giannis Antetokounmpo telah menjaringkan 28 mata dan 17 rebound dan Bucks mendahului sebanyak 21 mata sebelum memenangi perlawanan dengan keputusan 118-104 ke atas pasukan Orlando Magic.

Pasukan Milwaukee memenangi terbaik dari tujuh perlawanan dalam siri Eastern Conference 4-1 untuk mara ke pusingan kedua bertemu Miami Heat, yang menewaskan Indiana Pacers 4-0.

Di Western Conference, Anthony Davis menjaringkan 43 mata dan LeBron James telah mengekalkan rekod sempurna pusingan pertama playoff ketika Los Angeles Lakers menewaskan Portland 131-122 untuk memenangi siri mereka dalam lima perlawanan. – AFP