Bucks tempa tiket ke playoff

LOS ANGELES, 5 MEI – Giannis Antetokounmpo menjaringkan 36 mata ketika Milwaukee Bucks menempa tiket bermain di playoff dengan kemenangan 124-118 ke atas Brooklyn Nets, kelmarin.

Persembahan yang mencuri tumpuan antara kedua-dua musuh di Eastern Conference tidak mengecewakan, dengan kedua-dua pasukan menyamai catat percubaan sebelum Bucks berjaya mendahului pada suku akhir.

Antetokounmpo mengetuai jentera serangan buat Milwaukee, dengan 12 rebound, empat assist dan lima turnover untuk melengkapkan kemenangan Bucks.

Milwaukee memperbaiki rekod kepada 41-24 dengan kemenangan untuk kekal berada di tangga ketiga di East Conferance hanya ketinggalan di belakang Brooklyn, yang terlepas tiga perlawanan berturut-turut kepada 43-23.

Jrue Holiday dan Kris Middleton membantu Antetokounmpo dengan masing-masing menjaringkan 23 mata, sementara Bryn Forbes menambah 14 mata setelah turun dari bangku simpanan.

Aksi Giannis Antetokounmpo semasa beraksi buat Bucks apabila menentang Brooklyn Nets, kelmarin. – AP

Kyrie Irving dan Kevin Durang berjaya menjaringkan 70 mata terkumpul untuk Brooklyn, manakala James Harden sekali lagi terlepas permainan akibat kecederaan.

Irving menamatkan perlawanan dengan 38 mata dan Durant menambah 32 mata, sementara Joe Harris (12), Jeff Green (10) dan Mike James (10) juga mencatat jaringan dua angka.

Antetokounmpo sementara itu menghebohkan kemenangan penting Bucks, disusuli dengan kemenangan ke atas Nets pada Ahad.

“Kemenangan yang hebat, saya sangat gembira bahawa kami mampu membuktikan kepada peminat kami dan membina kelakuan yang baik dari perlawanan itu.

“Tiada sesiapa akan mengingati perlawanan ini apabila kami berada di playoff.

Sementara itu dalam perlawanan lain, Devin Booker menjaringkan 31 mata ketika Phoenix Suns merebut kedudukan teratas perlumbaan playoff di Western Conference dengan kemenangan pada masa kecederaan ke atas Cleveland Cavaliers. – AFP