Bucks tewaskan Miami untuk mara ke playoff NBA

MIAMI, 7 OGOS – Giannis Antetokounmpo berkata cabaran terbesar dalam menjuarai kejuaraan bagi Milwaukee Bucks, yang menduduki tempat teratas dalam playoff NBA kelmarin, adalah bukan musuh mereka tetapi diri Buck itu sendiri.

Pemain Greece berusia 25 tahun menjaringkan 33 mata dan 12 rebound untuk Milwaukee ketika Bucks berjuang dari ketinggalan 23 mata untuk menewaskan Miami 130-116 dan merampas kedudukan teratas dalam Eastern Conference NBA dengan 55-14.

“Ia adalah cabaran yang baik buat kami,” kata Antetokounmpo. “Ia adalah baik untuk kami berdepan dengan musuh. Ia adalah baik untuk merasa tidak selesa. Ia adalah baik untuk ketinggalan.

Bucks, yang hanya memenangi kejuaraan NBA sekali iaitu pada 1971, mungkin akan bertemu Miami dalam pusingan kedua playoff dengan Toronto, Boston, Indiana dan Philadelphia turut menjadi ancaman. Tetapi bintang Milwaukee melihat satu kebimbangan ketika mereka beraksi memenuhi potensi mereka.

“Barangkali cabaran terbesar kami ialah diri kami sendiri,” kata Antetokounmpo.

Aksi Giannis Antetokounmpo membuat percubaan semasa menentang Miami Heat. Milwaukee Bucks menewaskan Miami dan merampas kedudukan teratas dalam Eastern Conference di NBA. – AP

“Ia adalah mengenai ‘bagaimana kami akan bermain? Betapa bersungguh-sungguh kami akan bermain? Adakah kami akan bermain menentang satu dengan yang lain? Adakah kami akan bertahan dengan hebat? Adakah kami akan lebih berusaha?’

“Ia adalah mengenai kami.”

Khris Middleton menjaringkan 33 mata dan lapan assist dan percubaan terkumpul bersama Antetokounmpo 22 dari 31 semasa masa bertahan.

Duncon Robinson menjaringkan 21 mata untuk mendahului Heat, yang berada di tempat ke-4 di Eastern Conference dengan 43-26. Jika kedudukan kekal, Bucks dan Heat mungkin akan bertemu dalam pusingan kedua playoff.

Perlawanan NBA diadakan dalam gelembung kuarantin di Walt Disney World di Orlando, Florida bagi menamatkan musim yang terjejas sejak 11 Mac kerana pandemik COVID-19. – AFP