Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Bucks ungguli Pacers

    LOS ANGELES, 29 JAN – Giannis Antetokounmpo dari Milwaukee meraikan pengesahannya sebagai kapten pasukan All-Star NBA dengan menjaringkan 41 mata untuk melonjakkan Bucks mencatat kemenangan 141-131 ke atas Indiana Pacers, baru-baru ini.

    Bucks menjaringkan 85 mata pada separuh pertama yang merupakan jaringan mata tertinggi musim ini dan mendahului sebanyak 33 mata sebelum menangkis rali lewat
    Pacers di Indianapolis dengan mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut.

    Indiana telah mengurangkan defisit kepada lapan mata dengan perlawanan hanya berbaki lebih empat minit, cuba memanfaatkan sepenuhnya masalah Antetokounmpo di garisan balingan percuma dengan mengasarinya berulang kali.

    Bintang Milwaukee itu, melakukan 12 rebound dan memberikan enam assist, membantu menangkis serangan mereka dengan membuat lima balingan percuma dalam masa seminit, manakala Pacers merapatkan jurang kepada tujuh mata dengan baki 2:06 minit perlawanan yang mana mereka tidak akan dapat mengejar mata dengan lebih dekat.

    Jrue Holiday menjaringkan 23 mata dan memberikan sembilan assist untuk Bucks.

    Manakala, Myles Turner merupakan penjaring terbanyak Pacers dengan 24 mata.

    Persembahan dominan Antetokounmpo, termasuk aksi dunk pada suku keempat yang menakjubkan ke atas Oshae Brissett, berlaku sehari selepas dia disahkan sebagai pemain permulaan dan kapten pasukan untuk perlawanan All-Star bulan depan, sebagai penerima undian teratas dari Eastern Conference.

    Ia merupakan kali ketiga bagi Pemain Paling Berharga NBA dua kali mendapat penghormatan, selepas memimpin pasukan pasukan dalam perlawanan pameran pertengahan musim pada 2019 dan 2020.

    Sementara itu, The Grizzlies tewas 111-100 kepada Minnesota Timberwolves di Minneapolis, di mana permainan didahului dengan senyap seketika untuk memberi penghormatan kepada Tire Nichols, warga Memphis yang dipukul sehingga maut yang membawa kepada tuduhan membunuh terhadap lima pegawai polis. – AFP

    Aksi Giannis Antetokounmpo (kanan) cuba melepaskan pemain pertahanan semasa separuh masa kedua permainan bola keranjang NBA. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...